Friday, 3 February 2012


Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji:

(i) Tingkatan 2 (Erti Sebuah Pengorbanan)



Organization Chart



Berikan contoh dari setiap latar dari novel yang telah anda kaji.

       Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanin Zainal Abidin,terdapat tiga jenis latar di dalam novel ini iaitu latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.

       Latar masa di dalam novel ini ialah pada waktu pagi. Contohnya,pada hari Sabtu,pukul 9.00 pagi. Pada waktu inilah Iman bertanding dengan Linda di dalam  pertandingan pidato bagi mencari calon terbaik untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.

        Seterusnya,latar tempat di dalam novel ini ialah rumah datuk dan nenek Iman. Contohnya, di rumah inilah Iman tinggal bersama –sama dengan datuk dan neneknya seelah ibunya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di New Zealand. Disini jugalah, Iman dengan datuk dan neneknya berbual-bual mengenai keluarga mereka.

         Akhir sekali,latar masyarakat di dalam novel ini ialah masyarakat yang celik teknologi komuunikasi. Contohnya,Iman dan ibunya saling berutus berita melalui     e-mel walaupun mereka berjauhan dengan adanya teknologi komunikasi.

         








Nyatakan tiga perbandingan antara watak utama dan watak sampingan.




 


Erti Sebuah Pengorbanan


Watak Utama

Watak Sampingan

Iman Zulaikha

Ruhaida(Ibu Iman)










      




  Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Erti Sebuah Pengorbanan karya
Zaihanim Zainal Abidin,terdapat beberapa perbandingan antara watak utama iaitu Iman Zulaikha dengan watak sampingan iaitu Ruhaida yang merupakan ibu Iman.

         Antara perbandingan di antara Iman dan Ruhaida ialah kedudukan mereka. Contohnya, Iman tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung. Manakala,  Ruhaida berada di New Zealand kerana melanjutkan pengajian di New Zealand.

         Selain itu, perbandingan kedua ialah status mereka berdua. Contohnya, Iman hanyalah seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun. Manakala, Ruhaida merupakan ibu Iman tetapi sudah bercerai dengan bapa Iman kerana perselisihan faham di antara mereka berdua.

         Akhir sekali, perbandingan yang terakhir ialah kerjaya mereka. Contohnya, Iman hanyalah seorang pelajar Tingkatan Satu Dinamik. Manakala, Ruhaida merupakan pelajar di New Zealand kerana melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran.












Kita hendaklah sentiasa mengamalkan
Sikap bantu-membantu dalam kehidupan



Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas dari novel Tingkatan 2.

            
             
      Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Erti Sebuah Pengorbanan karya
Zaihanim Zainal Abidin,terdapat beberapa peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas.

       Peristiwa pertama yang berkaitan dengan pernyataan di atas ialah datuk dan nenek Iman selalu membantu Pei Wen dengan memberi nasihat kepadanya tentang masalahnya dengan ibu tirinya yang sering memarahinya.

       Seterusnya, peristiwa yang kedua ialah Cikgu Julia sering membantu Iman yang sering berhadapan degan masalah dengan bertindak sebagai kaunselor Iman. Beliau juga banyak memebantu Iman dalam membuat persiapan bagi menghadapi pertandingan pidato.

        Akhir sekali, peristiwa yang terakhir ialah Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei Wen sentiasa membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang bakal dipertandingkan.Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman berlatih pidato demi mendapatkan hasil yang terbaik.






















Nyatakan tiga latar tempat dan contoh peristiwa yang berlaku dalam novel    Tingkatan 2.


      Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Erti Sebuah Pengorbanan karya
Zaihanim Zainal Abidin,terdapat beberapa latar tempat yang  saya temui dalam novel ini.

       Latar tempat yang pertama ialah rumah datuk dan nenek Iman. Contohnya, di rumah inilah Iman tinggal bersama –sama dengan datuk dan neneknya setelah ibunya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di New Zealand. Disini jugalah, Iman dengan datuk dan neneknya berbual-bual mengenai keluarga mereka.

       Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah kantin sekolah. Contohnya, disinilah Iman menceritakan segala masalah yang membelenggu dirinya kepada Cikgu Julia dan disinilah Cikgu Julia bertindak sebagai kaunselor Iman.

        Akhir sekali, latar tempat yang terakhir ialah Pantai Port Dickson. Contohnya, di sinilah bapa Iman membawa Iman, datuk, dan nenek bersiar-siar dan makan ikan bakar. Di sini jugalah, bapa Iman memberitahu Iman bahawa dia sudah menjumpai pengganti untuk ibu Iman.






























Usaha yang gigih mampu memacu kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang

Berdasarkan novel Tingkatan 2, berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan yang dinyatakan.


        Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Erti Sebuah Pengorbanan karya
Zaihanim Zainal Abidin,terdapat beberapa peristiwa yang berkaitan dengan persoalan  di atas.
       
        Peristiwa pertama yang dapat menggambarkan persoalan yang dinyatakan ialah Iman berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan pertengahan tahun di atas berkat kegigihannya belajar dan mengulang kaji pelajaran.

         Seterusnya, peristiwa yang kedua ialah Iman juga berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada usaha gigihnya berlatih bersungguh-sungguh di bawah bimbingan Cikgu Julia.

         Akhir sekali, peristiwa yang terakhir ialah Iman Zulaikha dapat menyatukan semula ibu dan bapanya agar mereka merujuk semula perkahwinan mereka berkat hasil usahanya yang gigih untuk menyatukan ibu dan bapanya semula.


























Berdasarkan novel Tingkatan 2, berikan tiga contoh berdasarkan nilai kegigihan. 



  


        Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Erti Sebuah Pengorbanan karya
Zaihanim Zainal Abidin,terdapat beberapa peristiwa yang berkaitan dengan persoalan  di atas.
       
        Peristiwa pertama yang dapat menggambarkan nilai kegigihan ialah Iman berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan pertengahan tahun di atas berkat kegigihannya belajar dan mengulang kaji pelajaran.

         Seterusnya, peristiwa yang kedua ialah Iman juga berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada usaha gigihnya berlatih bersungguh-sungguh di bawah bimbingan Cikgu Julia.

         Akhir sekali, peristiwa yang terakhir ialah Iman Zulaikha dapat menyatukan semula ibu dan bapanya agar mereka merujuk semula perkahwinan mereka berkat hasil usahanya yang gigih untuk menyatukan ibu dan bapanya semula.

No comments:

Post a Comment