RINGKASAN DAN PEMAHAMAN
Baca petikan di bawah dengan teliti dan
tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab lokasi perpustakaan perlu strategik
. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Lokasi yang paling sesuai untuk sebuah
perpustakaan awam adalah di tengah-tengah komuniti itu sendiri, dengan
kemudahan pergi dan balik yang amat mudah. Lokasi perpustakaan harus strategik
agar tidak sukar dikunjungi oleh orang ramai tanpa mengira waktu. Perpustakaan
yang berada di tengah-tengah kawasan perumahan, di pusat bandar, pekan atau
desa, di rumah sakit malahan di kompleks beli-belah akan lebih berjaya daripada
sebuah bangunan perpustakaan tersendiri yang dibina jauh tersorok daripada
pandangan dan jangkauan umum. Bayangkan satu senario sebuah perpustakaan di
salah satu tingkat bangunan pangsapuri. Bukankah perpustakaan ini cukup mudah
dikunjungi oleh semua penghuni di situ tanpa mengeluarkan perbelanjaan langsung?
Kanak-kanak yang balik dari sekolah akan senang sekali ke situ. Warga emas
serta suri rumah pula tiada masalah untuk berjinak-jinak dengan bahan bacaan
yang akan membuka minda mereka.
Cuba kita lihat pula apa akan terjadi
jika perpustakaan awam disediakan di kompleks beli-belah di pusat bandar atau
di tengah pekan. Kalaupun tidak semua, sebilangan besar anak-anak muda yang
melepak di situ akan terbawa juga untuk masuk menjengah dan seterusnya
berpeluang mengenali maklumat dan keindahan memperoleh ilmu. Para suami yang
tidak selesa menemani isteri berbelanja pula dapat singgah merehatkan minda di
perpustakaan dan anak-anak didedahkan kepada sifat suka membaca sejak kecil
lagi.
Dengan membawa prasarana perpustakaan
kepada orang awam di lokasi yang dekat dengan mereka, ramai yang akan tertarik
untuk mengunjunginya. Lama-kelamaan sifat suka membaca akan tersemai dan sudah
tentu matlamat sebuah perpustakaan akan tercapai sekali gus membawa rakyat
menuju ke tahap literasi yang lebih tinggi. Jika perpustakaan dibina jauh
daripada orang ramai, nun di hujung bandar atau di lot tanah paling hujung di
sesuatu kawasan pembangunan, perpustakaan ini akan gagal kerana segelintir
sahaja yang akan mengunjunginya. Perpustakaan awam yang terletak di antara
bangunan pejabat pula akan sunyi sepi kerana kakitangan jabatan kerajaan atau
swasta tidak akan mengunjunginya pada waktu bekerja. Waktu rehat pula, ramai
yang akan meluru ke tempat makan untuk mengisi perut setelah beberapa jam
bertugas.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
rencana “Kepentingan Lokasi Perpustakaan Awam” oleh Rosni Haron dalam Utusan
Malaysia, 23 April 2007)
Sebab-sebab lokasi perpustakaan
perlu strategik ialah agar tidak sukar
dikunjungi oleh orang ramai tanpa mengira waktu. Seterusnya, Dengan membawa
prasarana perpustakaan kepada orang awam di lokasi yang dekat dengan mereka,
ramai yang akan tertarik untuk mengunjunginya. Selain itu, perpustakaan yang
berada di kawasan orang ramai akan menarik minat orang ramai untuk
mebaca. Perpustakaan yang berada di kompleks beli-belah akan menarik minat anak
muda untuk membaca. Akhir sekali, perpustakaan yang ada di pangsapuri akan menggalakkan penghuni-penghuni untuk membaca
di sana.
(74
patah perkataan)
PEMAHAMAN
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan
berikut menggunakan perkataan anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai
kata sunyi sepi ?
Maksud
rangkai kata sunyi sepi ialah suasana senyap.
(ii)
Menurut pengarang,
mengapakah perpustakaan awam tidak sesuai dibina di antara bangunan pejabat?
Perpustakaan
awam tidak sesuai dibina di antara bangunan pejabat kerana
ia akan menjadi sunyi sepi kerana kakitangan jabatan kerajaan
atau swasta tidak akan mengunjunginya pada waktu bekerja. Waktu rehat pula,
ramai yang akan meluru ke tempat makan untuk mengisi perut setelah beberapa jam bertugas.
(iii)
Pada pendapat anda,
apakah yang perlu dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar?
Minat membaca dalam kalangan pelajar boleh dipupuk dengan cara menyediakan satu sudut membaca di hujung kelas. Selain
itu, sekolah boleh mengadakan ceramah
tentang faedah membaca agar pelajar akan
minat untuk membaca.
No comments:
Post a Comment